aku bukak jew fb aku jumpe link neyh..n totally aku suke...huhuhu..aku mgharapkan dia jodoh aku.. MOHD FIRDAUS BIN ABD MANAP Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1.Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 2.Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 3.Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 4.Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 5.Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 6.Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 7.Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 8.Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 9.Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 10.Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
10 PETANDA DIA JODOH KITA
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: sye suke hari ney..=)
kenaPA??
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: bad day..
aKU ingIN BerUBAh..
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: alhamdulillah..
AKu keNE hukUMAn??
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: miss so much..
di SuaTU paGi YANg sEJUk
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: tah pape...
kAd RaYEW..wit My HOUsemaTE.
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: bilik..
rUmaTEKu tERcheNTA =)
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: dayangku nurain sn..
FAmiLI AkU dOLu2
- berebut lori ngan angah.
- mintak baby doll setiap kali keluar n aku pling suke baby yang boleh buka mate n tutup mate law baring n ade botol susu tu.
- main ngan jiran aku yang satu m'sia : depan india sebelah cine
- p umah mcik aku n posing macam model..
- law mndi aku akan bawak msuk periuk or cerek air mak aku..*nak tolong cuci la konon..aku berus ngan berus gg abah aku..riuh mak aku hari tu..ngee~~
- makan eskem ngan angah sampai abes carpet mak aku tukar kaler..
- mule aku ngn angah panggil mak then satu hari mak aku cakap sapew pgl mak anak keling..so start hari tu aku ngn angah pgl la mama..hehe..
- mase ney gak aku xcident ngn abah sampai dagu aku kne 2 jahitan.tacing dengar mama cite pasal tu..tapi len kali la aku cite ye..
- minat tengok muke kawan pakcik aku *coz ensem.kecik2 ag da gatal an??hahaha
Posted by aNAk mAnje 0 comments
cHUkang
|
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: love..=)
sETAnkaH??
malam neyh perut aku berbunyik2 dengan irama balada, mak yong, inang dan rock. adoi!!puas aku guling2 pejamkan mata tapi irama tu x hilang2 jugak..aku cuba pasang ayat2 al-Quran kat laptop aku dengan harapan law irama dalam perut aku neyh hantu kew jin kew, ye akan hilang..tapi biler aku dgr jew lptop aku punye suare, perut aku ttap jugak x hilang bunyik..pastu aku terpikir..lorh!bulan pose mane ade setan..aishh!!soo aku pown pikir dan terus pikir npew perot aku asyik berbunyik jew..last2 baru aku dapat taw..dye bisik kat telinga aku :WOI TOEK!AKU LAPOR LA..XDE KENE MENGENA NGAN SETAN2 NEYH!!..hehehe..lapor rupenye..aku pown selamba poyo keluar dan mengeluarkan bahan2 masakan yang ade..nak wat pew??masak r..pew ag..kebetulan housemate aku nampak aku nak msak..alkisah bersoraklah beliau kerana harapan beliau boleh tumpang nasi goreng aku..hahaha..banyak la nak tumpang.nasik aku pown tinggal suku periuk jew lagi..3/4 lagi aku da baham buke pose tadi...nak xnk aku soh la ye msak nsi +...perut ney bukan setakat nyanyi..siap joget2 ag..nak tunggu nsik tu masak..aduhh lmbatnye...last2 setelah perut aku ney dah jdik cam disco baru la nsi tu masak..aku pown mule la menumis,pastu masukkan sardin..tibe2 rumate aku balik..ye nak tumpang periuk aku nak panas lauk..OMG!OK..disebabkan bulan ney bulan beramal, so aku pown keluarkan sardin dan masukkan lauk ye...da ciap pown lauk ye dipanaskan..aku pown sambung la msak NASI GORENG IKAN SARDIN aku...nyummm..lapooo..lapoo..lapooo..tunggu ye perut..sebentar lagi dapat makan..hehehe..bubye..mau makan suda..
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: oh nasikkk gowengku..
BIle Aku rASe nAKmerAPU...
Posted by aNAk mAnje 0 comments
my beSDAy..=)
thanx kawan2..
kowang sgup tunggu aku tadi..
semate2 nak smbut besday aku..
seriously aku terharu..
aku nak nanges tpi aku xley tadi..
tapi da balik bilik aku tacing giler2..
aku terharu..
aku sayang korang..
jalan2 ngan korang..
windu macam dulu..
tapi aku da terpisah ngan korang sem neyh..
sayang korang..
pu3 eyka keon najjah
aku pown sayang korang..
mekasih sebab bagi aku mndi bedak malam neyh..
serius aku takut nak msuk umah tdi sebb gelap ngt..
tapi best sgt bedak wangi echanter tu..
soe la salah eja ecanter tu..xreti..
hehehe
ain
miza akan simpan smpai bile2..
=)
to izan my fwenn..
comey sgt mms yg awak anta..
sok or luse saye nak upload msuk blog sye..
pnjg wishes awak..
hahaha
thanx sebab sudi luangkan mse wish my besday walaupun nga bz nak exam..
besfwen 4 eva ye..
to kawan2 yang len..
from upsi
from semsas
from sk melati
from muadzam shah..
thanx a lot
luve u ols..
=)
mama abah...
along dah besar!!!
thanx sebab besarkan along smpai genap umur along
19 tahun
love mama ngan abah sgt2..
sampai bile2..
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: sye suke hari ney..=)