aku bukak jew fb aku jumpe link neyh..n totally aku suke...huhuhu..aku mgharapkan dia jodoh aku.. MOHD FIRDAUS BIN ABD MANAP Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1.Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 2.Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 3.Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 4.Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 5.Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 6.Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 7.Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 8.Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 9.Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 10.Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
10 PETANDA DIA JODOH KITA
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: sye suke hari ney..=)
kenaPA??
kenapa malam ney aku tak sedap hati????
nak ngis????
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: bad day..
aKU ingIN BerUBAh..
sejujurnya dah lama aku x sentuh AL-QURAN..
mungkin last aku sentuh sem lepas mase kat umah..
pastu aku just baca yassin jew..
hurm..
tapi start bulan puasa ney aku nak berubah..
setiap kali aku pegang al-Quran ain(aku xbwak QURAN)..
hati aku sayu sangat..
walaupun aku xterlalu lncar membacanya..
tapi aku seronok..
makin lama aku baca..
makin sayang rasanya nak berhenti..
kadangkala air mata aku nak menitis baca..
YA ALLAH, BETAPA INDAHNYA KALAM-MU
WALAUPUN AKU TIDAK MENGERTI BACAANNYA
NAMUN AKU SAYU MEMBACANYA..
Alhamdulillah malam neyh aku dapat baca banyak juga..
agpown malam neyh aku tertekan sket..
tapi aku ase tenang bila baca Al-Quran..
sampai aku xsedar jam dah pukul 4.06 pagi..
dari pukul 3 lebey sket aku baca..
doakan aku ye..
mudah2an perubahan ini bukan sementara..
tapi untuk selamanya..
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: alhamdulillah..
AKu keNE hukUMAn??
zaman kecik2 r zaman yang paling aku x leyh lupew...
moment tu terlalu bernilai..
law la waktu bleyh putar lik nak jew aku pause mase tyme aku kecik2 dulu..
tu pown kalau blh..
hehehe..
mase kecik2 dulu serius cakap aku mmg nakal..
da la macam jantan..
dak pompuan sebaye aku sume men pondok2, men kwen2..
tapi aku??
start skolah rendah aku da join dak laki..
xkawan dak pompuan..
pakai trek ngan bby T + cap..
pastu panjat pokok rambutan..
kejar ayam belakang umah tok..
lepak2 kat pucuk jambu..
racing basikal roda 4 (hehe..roda 2 lo)
nek kete kayuh kai kaki tu..
raye pertama aku pakai mini skirt, tu pown mama pkse..
tapi lutut, betis ngan pergelangan kaki aku penuh plaster..
hahaha
teruk x?
kenakalan aku neyh slalu wat abah aku nek angin..
maklumlah aku kan anak first
so mase tu abah masih lagi berdarah mude..
hehehehe
mase aku drjah 1
penah aku londehkan suar adik aku mase kami men2 ngan kawan2..
abah dengar jew adik jerit abah jerkah..
aku dengor jew suare abah pew ag..
nak tercabut pundi kencing aku neyh...
aku lari laju2..
abah aku start moto keja aku dari belakang..
konon2 nak nyorok dri abah, so aku lari belakang umah owang..
tup2 abah perasan..
so dye follow ngan moto..
bygkan la perasaan aku tyme tu tgok lak kat tgn abah ade rotan..
OMG!!serius pundi kencing aku nak melantun kua..
aku pnjat pokok jambu..
aku duk diam2..daun pokok pown x gerak..
biler dgar jew bunyik motor abah aku terjun pokok tu tah bapew meter tgi nye..
aku smbung lari..
jauh gak r..
last2 dapat gak abah aku tgkap..
pembalasannye..
dapat la roti pnjang smpai berbirat gak la betis+peha+punggung aku..
ngeee~~
tapi xserik pown..

abah akan prepare 4 rotan (sorang satu utk aku ngn adik2)
kitowg taw dah mane satu rotan kami..
so bile wat slah wajib semua beratur depan abah..
torture2 sket pastu amek la rotan masing2..
rotan tu abah selit kat dinding umah papan kami..
org datang umah pown terkejut tgok..
pelbagai saiz n rase..
hehehe
.jpg)
sebijik cm style abah b4 nak merotan..
law aku wat slah siang tu, malamnye mesti aku pakai sua tebal..
prepare nk ken rotan..
hehehe
.jpg)
hanger neyh mama aku jew gune..smpai patah2 r jugak..
mau x belang badan aku..
tapi pdn muke..
nakal ngat..
but mmg aku mis moment kene rotan tuh..
paling3 dasyat aku penah kene..
aku kene tambat kat tiang garaj kete..
hahaha
malu sioott!!
da la umah aku depan kedai runcit..
owg yg dok men caroom sume tgok..
dr kol 6.30-7.15..
lme kowt!!
aku ngan angah aku..nseb bek ade gang..
aku men becak kat kete abah aku..
angin la my father tu..
walaupun tyme tu pakai kete kodok jew..
tapi abah syg giler..
balasannye: ikat ngan tali lembu..
hahahhaa
guling2 nak gelak law ingt lik..
bile cite lik ngan famili..
abah senyum jew..
tu la cre abah aku..
tapi dye abah pling best!mis u abah..
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: miss so much..
di SuaTU paGi YANg sEJUk
sayu...ooo..tacingg..=(
pepagi bute ag aku dah memekakkan telinge rumate aku dgn mendendangkan lagu2 raye..
but..
aku x nyanyi..
miming aja..hahaha
law aku nyanyi alamat meroyan kembali la rumate aku..
da dekat 10 lagu aku dgr..
rumate da tido..
aisshh!!mau buat pew neyh?
*lagu balik kg tgh berkumandang..=)
kol 2 lebey pagi tadi my makcik kol
mmg terkejut beruk mat nyeh gak r..
makteh: long ko nak blik bile??nak tukar tiket x?
mbe teh cakap boleh tukar..
*dengan mamai2 aku dgr sore xcited makcik aku tuh..
aku : ermm..bley ea??erm..t along msj teh ea..along
kne tnye mbe dulu ye nak lik bile..tq teh..muah3.
*ZZzZzzZ
aku pown smbung tido..
kol bpew tah aku tjage aku cam mamai2..
dalam otak aku *ade owg call ckp sal tiket kew td??
then aku picit2 keypad fon..
oo private number = makteh
bodo!bleyh lak aku sembang ngan teh lam keadaan mamai..
hahaha..tu la ngantuk giler ag..
tido x bce doa..
x basuh kaki..
huhuhu..
but credit to teh..
t along tnye my bangau ye..
luv u la teh..muahhh3..ngeee~~
act mteh ney bukan makcik aku dah..
but dye baek ngat ngan famili aku..
n dye la yang memodenkan aku mse kecik2 lu..
beli kain pantai warne oren..
n tiap2 hari aku nak kai kain tu..
mase tu kan trend..
hehehe
cayang teh!!
Posted by aNAk mAnje 0 comments
Labels: tah pape...
Subscribe to:
Posts (Atom)






