CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

AKU TAK SUKA!

kalau aku tak buat salah
jangan pandai2 nak betulkan aku
kalau dah betulkan aku
pandai2 bertanggungjawab
sebab aku benci bila aku dah betul
tapi orang ajar aku yang salah
lepas tu lepas tangan
AKU TAK BODOH
jangan perbodohkan aku
hanya kerana aku kuli
AKU BENCI
kalau salah tu ko punye
selesaikan sampi aku tak sedar langsung
yang ko ajar aku benda salah
cakap MAAF pun tak
cakap TERIMA KASIH pun tak
BOS tak BOS
ko sama je macam aku
esok lusa dalam liang lahad saiz yg sama
tak rugi mintak maaf
darjat ko tak jatuh sampai ke dasar bumi
cermin diri
bukan egois enggan mengaku kau salah
maaf kalau aku kurang ajar
ma ngan abah aku dah cukup ajar aku
suami aku dah cukup bombing aku
tapi sekali aku marah
berkali2 aku piker baru senang aku nak maafkan
 

AKU DAH PREGNANT??

dah lambat sebenarnye aku update
ALHAMDULILLAH
aku dah 3 bulan pregnant
heartbeat baby dah mula rasa
just love it
doakan aku dan baby selamat
doakan aku tak mengada2
doakan aku tak menyusahkan suami
doakan aku kuat
doakan aku dapat jadi ibu yang baik
 
 
masa pregnant:
aku kuat nangis
aku kuat merajuk
aku cepat penat
aku selalu pening
aku dah kurang selera makan
aku selalu rindu nak balik kampung
aku selalu rasa tak disayangi
 
tapi hubby aku rajin melayan
tq awak..
tq so much
saya tak mintak jadik macam ni
saya dah cuba lawan
tapi tetap sama

VIVA.. AKU RINDU

AKU RINDU BABY OYEN..
AKU RINDU VIVA
AKU RINDU VIVA

5.10.2014
AKU ANGAH ADIK NAIK VIVA
MAMA ABAH ACIK NAIK WIRA
MULA2 AKU DECIDE UNTUK BAWAK KERETA VIVA SEBAB ABAH DA PENAT. TAPI DISEBABKAN BALIK MALAM.. AKU ALAH CAHAYA SO AKU TUKAR PLAN AKU DRIVE VIVA DEKAT BENTONG JEW. ANGAH DRIVE VIVA. KELAJUAN KITORANG MACAM BIASE. TAK MEMECUT IKUT SUKA HATI SEBAB TAU MAMA NGAN ABAH FOLLOW BELAKANG. TAK SAMPAI SETENGAH JAM KAMI DALAM KERETA. SAMPAI SATU SELEKOH, KAMI SELISIH DENGAN KERETA PUTIH AND KERETA TU LAJU. BELAKANG KERETA TU WIRA HIJAU YANG JUGA SAMA LAJU N MENYUCUK2 KERETA PUTIH. AKU JELAS SANGAT NAMPAK LAMPU KERETA WIRA TU MASUK KE LORONG AKU JARAK TAK SAMPAI SEBUAH KERETA.. AKU TAK SEMPAT NAK REMIND OR AT LEAST JERIT UTK ANGAH N ANGAH XSEMPAT NAK BUAT PAPE. YANG AKU DENGAR BUNYIK DENTUMAN KERETA AKU DILANGGAR, MUKA AKU KEBAS KENA AIRBAG. TAPI AKU TAK PITAM. AKU DENGAR DAN AKU RASA KERETA AKU BERPUSING. AKU DAH RASA AKU KEMALANGAN. AKU CUMA PIKIR HIDUP ATAU MATI. SELAMAT ATAU TAK. ADIK2 AKU MACAM MANA.
MAMA CAKAP, KERETA AKU BERPUSING 2 KALI. AKU MEMANG RASA KERETA BERPUSING DAN BUNYI KERETA KUAT BERPUSING KUAT SANGAT. AKU TAK PERNAH CAKAP AKU SAYANG ADIK2 AKU. TAPI MASA TU, ALLAH JE TAHU MACAM MANA AKU CUMA PIKIR PASAL ANGAH DENGAN ADIK. DALAM HATI AKU TERUS DOA SUPAYA ANGAH NGAN ADIK SELAMAT. BIAR LA PAPE JADIK, JADIK DEKAT AKU. SEBAB DORANG BOLEH JAGA MAMA NGAN ABAH. AKU CUMA MAMPU BERDOA DAN TAHAN BADAN DARI TERHENTAK LAGI.
KERETA AKU BERHENTI BERPUSING. BETUL2 SEBELAH TIANG LETRIK. AKU MENJERIT 'ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR'. PERUT AKU KECUT. AKU TAK BERANI PUSINGKAN MUKA, BUKAKKAN MATA. AKU TAKUT APA2 JADIK DEKAT ANGAH NGAN ADIK. AKU PANGGIL NAMA SORANG2. ANGAH MENYAHUT. AKU LEGA. AKU TUNDUKKAN LAGI KEPALA. AKU PANGGIL NAMA ADIK. ADIK MENYAHUT. AKU TERUS PUSING KEPALA DAN TENGOK DORANG. ACIK DENGAN ABAH DAH SERBU BUKAK PINTU KERETA. AKU TENGOK ANGAH TERSEPIT.

AKU DAH XLARAT NAK TAIP.. TERLALU TRAUMA. TAPI ALHAMDULILLAH ANGAH SELAMAT TAPI KENA 12 JAHITAN SEBAB BETIS TERBELAH, ADIK RETAK TULANG KERING SEBAB TERHENTAK KAT BELAKANG. AKU? SATU BADAN AKU LEBAM SEBAB TERHENTAK. ORANG YANG LANGGAR AKU?? TAK PERNAH UCAPKAN MAAF WALAUPUN AKU BERDIRI BERDEPAN DENGAN DIA DAN MENGADAP DIA KURANG DUA KAKI. TQ AWAK YANG LANGGAR SAYA. SAYA HILANG KERETA KERANA AWAK. IKUTKAN PERANGAI SEBENAR SAYA. SAMPAI MATI SAYA DENDAM DENGAN AWAK. TAPI SAYA TAKNAK SEBAB SAYA NAK CUBA BUANG PERANGAI TU. AWAK BERNASIB BAIK.

AKU...

Setiap perempuan tak kira dia baik atau jahat, cantik atau hodoh, pandai atau bodoh, impian dorang tetap sama. Jadi seorang isteri dan ibu. macam tu jugak dengan aku. dari kecik aku selalu pasang angan2 sama mcam movie, drama, sinetron n telenovela yang aku tengok.. kadang2 diary aku kecik2 dulu penuh dengan telenovela rekaan aku.. lawak bile aku pikirkan semula. tapi itu la reality aku. ak girl!

ALHAMDULILLAH
 
TANGGAL 29.11.2014 AKU DAH SELAMAT JADI ISTERI KEPADA INSAN YANG MUNCUL TIBA2 DALAM HIDUP AKU. ALHAMDULILLAH. JODOH ALLAH BAGI CUKUP SENANG.
TERIMA KASIH ALLAH.
AKU BERSYUKUR PADAMU

AKU SI KERDIL

akal aku seolah-olah berhenti berfikir
lidah aku kelu untuk menyatakan punca
kenapa aku diuji dengan emosi sebegini??
aku cuba mencari bahagia, gembira
tapi setiap hari, pasti ada sedih yang singgah
aku tak tahu kenapa
emosi..smosi.. emosi..
aku cuba ciptakan emosi gembira..
hakikat??
luaran aku gembira..
dalaman aku masih suram

aku teroka segenap arah hidup aku
aku cari dimana silap aku
aku punca aku tidak tenang
punca aku jadi pemarah
punca aku jadi si xcembeng
punca aku tiada keyakinan diri

aku jumpa
aku lupa DIA
aku abai DIA
aku cuma cari DIA bila aku susah

YA ALLAH..
aku sendiri cuba menjadi muslimah disisi MU
tapi aku sering alpa
aku tidak lekang doa dalam setiap perlakuanku
tapi aku lupa.. sisi lain aku masih tidak lengkap
bimbing hatiku Ya ALLAH
dalam mencari keredhaanMU
kerana aku lemah..
mudah digoda dengan bicara manis syaitan
AMPUNKAN AKU KERANA LUPA AKAN MU WAHAI PENCIPTA.

ANAK MANJA

ASSALAMUALAIKUM...
 
EVENING PEEPS!
 
hari ni aku tengah excited melumba-lumba nak hupdate
pasal anak manja
y aku pilih anak manja?
sebab itu adalah aku
kenapa aku??
sebab aku manja la... haiyooo
 
depan orang aku slalu berlagak yang aku ni
superwomen
batwomen
incrediblewomen
 
erm.. bagi la segala superhero
semua aku mengaku
tapi korang..
 
sebenarnya aku ni super.. super.. super manja
especially dengan orang yang aku sayang
sapa??
 
first sekali of cos la abah aku
encik nor azman bin mohd amin
super2 tacing when aku jumpa abah..
tangkap lentok.. tangkap leleh ayaq mata..
abah..need ur hug.. sebab anaknda kamu ni sedang tacing..
 
second adalah mama saya
puan rosni binti abdullah
aku memang manja ngan mama..
tapi xla semanja ngan abah...
kenapa??
sebab mama more to adik2 aku yang lelaki..
but then.. aku suke nak cite pasal boify, money, sakit dengan mama
and Im always jeles ngan adik aku bile mama manjakan dorang
sangat
 
third of cos my tuning
encik abdul hadi asmuri
aku baru kenal.. baru berkawan.. baru bertunang
tapi everytime aku rasa kosong mama ngan abah jauh
dye sentiasa ada dekat ngan aku
dye sentiasa buat aku rasa seronok..
so bila dah jdik manja terlajak ngan dye..
memang macam harun r
asal tacing sket sume nak nanges
ayaq mata ni.. empangan pecah ke apa..
 
so.. peeps! I memang manja
I memang kuat nangis
I memang kuat gaduh
I memang cakap kuat
I memang cakap laju
orang cakap orang macam aku ni kurang kasih sayang
soooo
lai.. lai.. laiii..
hangpa2 sekalian mai bagi kasih sayang kat aku..
hehehehhe
 
 
sekian melalut aku untuk petang ni..
sempena otak xcentre
teringat family
tunang aku tacing ngan aku..
adoiiyaii

MY SUNDAY
assalamualaikum.. hai uolls!
salam hari ahad..
semua orang sedang sedap terbongkang tido
melepak depan tb sambil tgok faberet chanel dorg
terbaring sambil makan jajan
main dengan anak2
makan dengan family..
tapi aku.. sedang berkhidmat untuk MALAYSIA.
cewahh! ayat dramatis ko
berkhidmat sangat kan
macam la ko baik sangat dengan public kan
adeh..
tapi siyesly uolls! i'm in love dengan job sekarang
duduk kaunter..
u jadik frontliner for Malaysia
u help people..
tapi bile dapat public yang macam hare..
memang aku rase nak maki bertong2 r..
haii..
da tukar keje pun perangai anginnye still x berubah
tapi keje kat sini banyak da ubah diri aku..
change to be good miza
dan bnyak benda yang berubah dalam hidup aku sejak aku masuk sini

1) belajar berubah ke arah kebaikan
2) putuskan hubungan yang tak tahu di mana penghujungnya
3) beli kereta
4) jadi lebih matured
5) dah pun jadik tunang orang